Kehidupan didunia pasti akan berakhir, namun perjalanan masih belum terhenti dan akan berterusan sehingga penghujungnya syurga atau neraka. Alangkah sesatnya apa yang difikirkan oleh orang kafir merasakan kehidupan mereka hanya didunia sahaja. Walhal peralatan dan perkasasan mereka lebih panjang umurnya dari diri mereka sendiri.

Allah SWT beri peluang kepada kita untuk sediakan bekalan untuk kehidupan yang sangat panjang dan sangat lama nanti, supaya bekalan itu mengcukupi untuk hari akhirat kelak kerana inilah yang sebenar-benarnya kehidupan yang perlu ditempuhi setiap orang. Kematian itu bukanlah satu penyelesaian masalah, tetapi ia adalah permulaan bagi masalah kerana kehidupan sebenar telah bermula.

Perbezaan antara ilmu dan iman: Ilmu itu satu usaha yang boleh diperolehi. Iman itu kita mempercayai walaupun kita tidak melihatnya.

Lihat video penuh Tadabbur Al-Quran di link berikut:

Galeri Kelas Tadabbur Al-Quran Selasa 27/09/2018

Diterbitkan oleh: Hilal Al-Miftahi

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.