Program Bacaan Yasin & Solat Hajat Perdana Sempena Musim Peperiksaan (UPSR, UPSRA, PT3, SPM, STAM & STPM) bermula dengan pendaftaran anak-anak di kaunter pendaftaran Anjung 1 MSABA bermula jam 6:45pm.

Selepas solat maghrib, Majlis dimulakan dengan ucapan pembukaan dari Pengerusi majlis Ustaz Bukhari dan ucapan kata aluan daripada pengerusi Masjid Datuk Ibrahim bin ThambyChik memberi pesanan dan kata-kata semangat kepada para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Sesungguhnya yang memberi kebijakan dan kefahaman adalah Allah SWT, Dialah Zat yang akan membantu kita berjaya dalam menghadapi ujian demi ujian di dunia ini. Berbekalkan usaha dan semangat sebagai modal kesungguhan dari kita untuk bersedia menghadapinya dengan tenang dan kuat. Insyallah dengan berkat usaha dan tawakal yang dilakukan, kita berharap ianya dapat memberi satu keputusan yang cemerlang.

Kemudian bacaan yasin dan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Abid. Bacaan dibawa dengan baik dan mudah diikuti oleh semua pelajar dan jemaah yang hadir. Manakala majlis ini berjaya dibuat liputan secara Live Facebook oleh ustaz Hilal.

Selepas solat isyak, ustaz Abid telah memimpin solat hajat secara berjemaah, kaifiatnya diterangkan dengan baik dan ambil kesempatan berdoa sedikit panjang pada sujud akhir solat hajat. Doa selepas solat dialunkan oleh ustaz Bukhari.

Makanan malam disediakan oleh pihak MSABA untuk semua jemaah yang hadir. Kami mengharapkan keputusan yang baik untuk semua pelajar ini dan cemerlang dalam menghadapi ujian sementara didunia ini. Aminnn

Gambar sekitar majlis berlangsung

====================

Lokasi: Dewan Solat Utama, Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar
Tarikh: 13/09/2018 Khamis Malam Jumaat
Masa: Selepas Solat Maghrib & Isyak

*artikel disunting oleh ustaz hilal

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.