profail msaba

Jawatankuasa Pembinaan Masjid

Jawatan Nama
Pengerusi Tuan Haji Mohd Mustafa Bin Zain
Timbalan Pengerusi YB Dato’ Hj Mohd Khalid bin Sahol
Setiausaha Tn hj Mohammad bin Nawi
Penolong Setiausaha En. Wan Yusoff bin Wan Ismail
Bendahari En. Anuarul Perai
Penolong Bendahari En. Hashim bin Ismail
Pengerusi Rancangan Dan Pembinaan Bangunan Tn Hj Nik Farid bin Nik Mohd Kamil
Pengerusi Memungut Derma Tn Hj Nik Musa bin Nik Abdullah
Ketua Penerangan En. Ismail bin Zainuddin
Naqib Us. Abdullah bin Idris
Imam Us. Wan Ismail bin Wan Abdullah
Yb Datuk Din Merican Al-Haj
Ahli-ahli Tn Hj Mansor bin Mohd Yusoff
Tn Hj Mohd Zain bin Abd Rashid
En. Kadir bin Bador
En. Mohd Zain bin Kadir
En. Mohd Ariff bin Bador
En. Salam bin Majid
En. Mustapha bin Bahaman
En. Selamat bin Bajuri
Tn Hj Sheikh Abod bin Abdullah
Tn Hj Abdul Rahman bin mat
En. Mohd Nor bin Hj Ahmad
En. Abdul Aziz bin Abdul Ghani
En. Abdul Aziz bin Mohammmad
En. Hamzah bin Dato’ Dr. Mohd Salleh
En. Mohd Dali bin Haji Baba

Konsep Masjid Bangsar

Masjid Abu Bakar Assiddiq telah dirancang berpandukan kepada tradisi kegunaan masjid sebagai pusat kemasyarakatan dan juga mengikut prinsip-prinsip Islam. Ianya berfungsi sebagai pusat untuk anak-anak kariah di sekitar kawasan Bangsar yang mempunyai 20,000 orang yang beragama Islam.

Bentuk senibinanya merupakan satu penjelmaan kreatif yang agak moden sesuai dengan zaman, kemudahan teknologi dan peruntukan kewangan. Di samping itu, tema serta ciri-ciri tradisional senibina yang selalu dihubungi dengan bentuk sebuah masjid tidak ketinggalan digabungkan dalam reka bentuknya dan boleh dijadikan sebagai lambang agama sepertimana menurut kefahaman orang ramai. Oleh itu, peruntukan kubah, menara serta gapura-gapura (arches) telah diserapkan untuk mengwujudkan satu identiti senibina masjid yang moden tetapi tetap mudah dikenali sebagai sebuah masjid.

Masjid ini dibahagikan kepada tiga aras. Pada Aras Pertama diadakan kemudahan kemasyarakatan serta penyediaan untuk beribadat, antaranya ialah:

  • Kelas Agama Rakyat untuk kanak-kanak
  • Tadika
  • Dewan Syarahan
  • Bilik pengurusan jenazah
  • Pejabat Masjid
  • Bilik Perpustakaan
  • Kantin dan tempat penyediaan makanan
  • Tandas dan bilik mandi
  • Bilik Wuduk

Aras Dua dan Aras Tiga dikhaskan untuk bersembahyang dan beribadat. Pada Aras Dua terletak Dewan Sembahyang Utama yang berpermaidani dengan muatan 1000 orang jemaah serta ruangan tambahan (balkoni berlantai marmar) yang memuatkan 1250 orang jemaah.

Aras Tiga memuatkan ruang sembahyang tambahan. Keseluruhannya, bangunan masjid ini memuatkan 3000 orang jemaah di dalam bangunannya. Bagi menampung jumlah jemaah ketika Sembahyang Jumaat, terdapat dataran di luar bangunan yang boleh memuatkan lebih ramai jemaah.

Keistimewaan masjid ini ialah kubahnya yang besar, berukuran garis pusat 16.6 meter dan ketinggiannya 24 meter dari lantai Dewan Sembahyang Utama.

Bahagian dalam kubah dihiasi dengan motif geometri Islam menggunakan “gypsum plaster” dan bahagian luarnya dilapisi kepingan aluminium berwarna emas yang turut bermotifkan seni Islam. Keseluruhan kubah ini disanjung di pertengahan Dewan Sembahyang Utama oleh satu rangkaian struktur yang menarik.

Ukiran tebuk kayu mengikut motif-motif geometri seni Islam digunakan di dinding-dinding mehrab dan di jendela-jendela. Tidak ketinggalan juga kerusi khatib dihiaskan dengan motif ukiran Islam yang setanding.

Surah Al-Mukminun ayat 1 dan ayat 2 berserta terjemahannya telah diukir atas kayu jelutung yang besar dan dilekatkan di bahagian atas arca mehrab sebagai hiasan. Dinding-dinding bahagian hadapan dewan sembahyang pula dihiasi dengan indah oleh ukiran gergasi keseluruhan Surah Al-Mukminun yang diukir dengan seni khat nasakh oleh pengukir dari Kelantan.

Dewan Sembahyang Utama dihiasi pula dengan empat buah chandelier yang melambang empat mazhab utama dlam Islam. Setiap satu candelier itu mempunyai lima tingkat yang melambangkan rukun Islam dan waktu-waktu sembahyang fardu yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam. (chandelier telah turut dipasang, tetapi diturunkan pada tahun 2004 setelah didapati ia berkeadaan berkarat, menjadi tempat burung ciak bertenggek (dan menjatuhkan najis ke atas karpet serta risiko keselamatan kepada jemaah).

Sebuah menara setinggi 43.3 meter menjadikan ia sebuah masjid yang lengkap dengan unsur tradisi. Ia dibina menjulang tinggi dari sebuah kolam hiasan (kini telah ditutup) dan puncak menara ini dihiasi dengan aluminium berwarna emas yang serasi dengan kepingan aluminium di kubah masjid.

Masjid ini mempunyai ruang letak kereta sebanyak 52 buah, sebuah bangunan tandas tambahan di luar bangunan dan tiga unit rumah untuk kakitangan. Masjid ini turut dihiasi dengan berbagai jenis pokok bunga dan pokok kayu yang rendang. Pembinaan masjid ini telah berjaya dilakukan dengan bantuan pakar perunding berikut:

Arkitek : Haj dan rakan-rakan
Jurutera : Hashim dan Neh Sdn Bhd
Juruukur Bahan : Nik Farid dan Loh Sdn Bhd

Scroll to Top