PERUTUSAN MAJLIS HARI RAYA IDUL FITRI 2014

ditc-rayaYang Berbahagia Tan Sri, Puan Seri, Datuk, Datin,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya bersama Jawatankuasa Kariah, JKPerwiba, dan kakitangan Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq mengucapkan selamat datang dan selamat hari raya Idilfitri.  Marilah kita mengucapkan syukur kehadrat Allah SWT kerana memberi ruang kepada kita beramal dalam bulan Ramadhan yang mulia, sambil memberi izin untuk kita menemui Syawal bagi meraikan kejayaan kita sebulan berpuasa, insyaAllah.

Mudah mudahan latihan akhlak mulia dan amalan baik selama sebulan Ramadhan dapat kita teruskan sambil meninggalkan segala amalan buruk sebelum ini. Sesungguhnya tindakan kita menggambarkan peribadi sebenar kita.

Kita telah berusaha menjalani perintah Allah sebaik nya, namun padaNya jua kita berserah agar ganjaran yang baik dapat kita perolehi. Upaya kita ialah meneruskan doa dan saling mendoakan agar segala amalan baik kita selama sebulan dalam bulan Ramadan itu diterima. Wahai Allah, kami telah berpuasa sebulan menjalani perintah Mu, kami juga telah melakukan titah perintah Mu yang lain. Maka terimalah amalan-amalan kami.

Jangan lah ibadah kami menjadi sia sia kerana sikap buruk kami seperti masih angkuh, riak, ego, bongkak, sombong, kikir, dengki dan ujub. Wahai Allah kukuhkan lah hati-hati kami untuk mensyukuri nikmat Mu, teguhkan lah hati kami untuk tetap bersaudara demi kelansungan maruah ummah yang Kau ajar dan yang di amal melalui sunnah Nabi Mu Muhamad SAW.

Wahai Allah, pelihara lah hati-hati kami agar tidak rosak atau menjadi jiwa yang kacau.  Jangan rosakkan ibadah kami kerana kerosakkan hati kami sendiri.

Wahai Allah kami berterima kasih kerana ramai teman-teman JK Masjid dan sahabat-sahabat kita yang bersedia membantu usaha-usaha mengindahkan masjid dan persekitaran nya semata-mata mencipta yang terbaik demi Jemaah yang dimuliakan. Kami bersyukur, mudah-mudahan lebih banyak nikmat akan Kau turunkan untuk kami. Peliharalah kami dari persiakan amalan baik kami dengan tindakan mereka yang mencaci cerca saudara mara,  melalui tulisan, facebook, whatsapp, dan penyebaran fitnah justeru jiwa yang sakit tanpa sebab.

Sesungguhnya tanpa rahmat dan izin Mu, musnah lah hidup kami di bumi ini dan di kampong akhirat Mu kelak. Bantulah kami mensyukuri nikmat Mu, jadikan lah kami insan-insan yang gemar malakukan ibadah kepada Mu, dan jadikan lah kami dari kalangan yang sentiasa ingat kepada Mu. “Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina ‘adzabannar” ….. Amin.

Selamat Hari Raya Idilfitri. Kami mohon maaf diatas segala kekurangan dan kelemahan.  Maaf Zahir Batin.

Wassalamualaikum Warahmatullahi-Wabarakatuh
Sekian


“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”

Ybhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Thambychik
Pengerusi Kariah
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur 

Scroll to Top