Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Saya fikir orang kita ada pelajaran dan boleh berfikir. Jika ada orang bercakap kasar dengan kita, kita jawab dengan bahasa lembut dan mengajak dia kepada perkara yang betul. Misalnya, jika ada orang kata jahanam, laknat… kita jawab adalah lebih baik diganti jahanam dan laknat itu dengan doa yang mendatangkan berkat, nanti orang yang nak dilaknat itu berubah jadi orang baik hingga jadi kawan selepas bermusuh beberapa waktu, jadi kawan yang rapat seperti diajar al-Quran sebab al-Quran ajar kita membalas yang pedas dan yang keras itu dengan yang baik.

Barangkali banyak perkara berjalan dalam masyarakat, mungkin juga pengaruh dan sentimen orang ramai yang melonjak-lonjak, yang mempengaruhinya… mungkin dia ingat itulah yang dikehendaki oleh orang ramai, maka dia pun berasa patut buat begitu. Barangkali jika dia berfikir lebih jauh, dari segi kebaikan umat, mungkin pada masa akan datang, agaknya perkara yang berlainan patut disebut. Kemudian dia patut fikir juga mengenai pihak luar negara yang sedang cari peluang untuk merosakkan hubungan sesama Islam. Jadi, jika kita ambil jalan seperti orang sekarang kata ‘cool’, saya berasa insya-Allah keadaan akan jadi bertambah baik, apa lagi jika ia membabitkan sarjana Islam atau ulama. Kita tak mahu sarjana yang pentingkan diri, memaksa pendapat peribadinya ke atas orang ramai sampai jika orang fikir cara lain, dia marah. Bukan sarjana macam itu yang kita mahu.

Justeru itu lantai terbaik mencari penyatuan ialah masjid. Kita sama-sama menjadikan masjid asas kepada pengukuhan umat Islam di sini dan sekurang-kurang nya di kariah kita iaitu anak jamaah masjid ini.

Sekian, wassalam

“WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”

Ybhg. Datuk Haji Ibrahim bin Haji Thambychik
Pengerusi Kariah
Masjid Saidina Abu Bakar As Siddiq, Bangsar, Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.